Pages

Sep 7, 2013

Permohonan ke Sekolah Ber-asrama Penuh Tahun 2014

Salam sejahtera kepada ibu bapa yang berhajat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh pada tahun hadapan iaitu 2014. Permohonan untuk ke sekolah berasrama penuh telah pun dibuka mulai 1 September 2013 (Ahad) sehingga 15 Oktober 2013 (Selasa). 

  1. Permohonan Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  2. Permohonan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Kelas Aliran Agama
Para ibu-bapa yang berhajat untuk memohon perlu melayari portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia dan memohon melalui pautan-pautan yang disediakan disitu mengikut pilihan masing-masing.

Sekiranya ini adalah kali pertama ibu-bapa memohon, sila baca dulu panduan pendaftaran untuk memohon DI-SINI.

permohonan_kesekolah_asrama_penuh

Diharap ibu-bapa tidak terlepas pandang untuk memohon kerana jika terlepas masa memohon diatas, peluang untuk anak-anak anda juga akan terlepas. Selamat memohon ke sekolah berasrama penuh 2014 sebelum tarikh tutup permohonan ke sekolah berasrama penuh 2014 berakhir pada 15 Oktober 2013.

Maklumat tambahan >> Senarai Ranking Sekolah Ber-asrama Penuh untuk memudahkan anda membuat pilihan.

Jika permohonan telah DITUTUP, pertimbangkan untuk memohon ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional. Peluang masih terbuka.


Sila klik "Like" jika maklumat ini telah membantu anda!


No comments:

Post a Comment