1. Siapa kami?
Kami adalah kumpulan individu yang bergerak aktif dalam usaha-usaha untuk meningkatkan tahap ekonomi ummah melalui penglibatan dalam aktiviti yang bersifat fardu kifayah.
2. Apakah sebenarnya program Jom Masuk Kolej ini?
Apa yang kami tawarkan dalam program jom masuk kolej ini adalah berdasarkan perjanjian persefahaman yang telah kami capai dengan institusi pengajian yang terlibat. Seperti yang dimaklumkan diatas, program yang ditawarkan adalah lebih bersifat untuk menyediakan individu-individu muslim mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan ekonomi atau teknikal dimana pembabitan muslim adalah ditahap minima. Usaha kami adalah lebih kepada penyediaan modal insan muslim untuk memenuhi permintaan di bidang-bidang strategik kepada lepasan SPM sebaik sahaja pelajar menerima keputusan SPM mereka..
3. Siapakah yang layak memohon?
Semua lepasan SPM layak memohon terutamanya yang tidak mendapat tempat di institusi pengajian tinggi. Penawaran kursus masih tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan institusi pengajian tinggi tersebut. Secara amnya, keperluan minima tiga hingga lima kredit dalam mata pelajaran peringkat SPM, tertakluk kepada kursus.
4. Apakah tahap pengajian program?
Semua kursus yang ditawarkan pada peringkat awal kemasukan adalah Diploma. Sekiranya pelajar menunjukkan potensi terbaik, pelajar tersebut akan ditawarkan tempat untuk menyambung pelajaran di peringkat diploma lanjutan ataupun ijazah.
5. Apakah contoh kursus yang ditawarkan?
Oleh kerana program ini mempunyai matlamat tersendiri dalam memenuhi fardu kifayah yang telah kami kenal pasti. Kebanyakan kursus yang ditawarkan pada masa kini adalah kursus teknikal spesifik untuk menampung permintaan tinggi dalam industri tertentu yang telah dikenal pasti. Pengajian adalah lebih menumpukan kepada latihan amali dimana pelajar akan diberi latihan secukupnya untuk mampu mengendali peralatan teknikal tahap tinggi sebaik sahaja tamat pengajian. Kursus dalam bidang ekonomi Islam yang ditawarkan melalui kolej islam juga adalah salah satu aspek yang sedang diberi penekanan.
5. Dimanakah pusat pengajian program Jom Masuk Kolej?
Para pelajar akan ditempatkan di pusat-pusat pengajian kolej terpilih atau kolej islam di Semenanjung Malaysia pada peringkat awal ini. Pengajian pada peringkat lanjutan, pengajian adalah di Malaysia atau luar negara, berdasarkan kesesuaian kursus yang diambil. Semua pusat pengajian yang terlibat mempunyai Sijil Akreditasi dari Kementerian Pengajian Tinggi.
6. Adakah tempat pekerjaan disediakan selepas tamat pengajian?
Sebenarnya tiada institusi yang mampu menyediakan pekerjaan pada setiap pelajar. Tetapi seperti yang kami nyatakan diatas, ini adalah program penyediaan, secara purata lebih 90% lulusan program kami telah ditawarkan pekerjaan.
7. Calon pelajar bagaimanakah yang diberi keutamaan?
Pelajar muslim dari golongan sosio ekonomi rendah adalah mempunyai kelebihan untuk ditawarkan memasuki program ini selaras dengan matlamat kumpulan kami untuk membantu meningkatkan ekonomi ummah.
8.Adakah pelajar ditawarkan bantuan kewangan?
Bantuan kewangan ada disediakan dalam bentuk biasiswa, bantuan zakat dan juga pinjaman berdasarkan kursus yang ditawarkan. Maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan akan dimaklumkan semasa penawaran program dibuat kepada pelajar melalui surat tawaran kemasukan ke program Jom Masuk Kolej untuk kemasukan lepasan SPM.
9. Bagaimanakah kami boleh dihubungi?
Sila daftar maklumat pelajar terlebih dahulu DISINI dan pihak kami akan menghubungi anda. Ibu-bapa adalah dinasihatkan menyuruh anak anda ber-urusan dengan kami, kerana kami mencari anak-anak lepasan SPM yang ingin berubah atas kehendak mereka sendiri, bukannya yang sentiasa perlu "ditolak" dari belakang oleh ibu-bapa.
Untuk lain-lain pertanyaan am, sila gunakan ruangan "Hubungi kami" disebelah atas kanan.
Pastikan nombor telefon & email adalah TEPAT kerana ini sahaja saluran untuk kami menghubungi pelajar lepasan SPM tersebut.
Terima kasih atas kesudian anda menimbang prospek yang ditawarkan melalui program Jom Masuk Kolej ini. Insyaallah kami berusaha memberi yang terbaik demi meningkatan ekonomi ummah.

Semoga kumpulan tuan mendapat rahmat dari allah
ReplyDelete