Adik-adik lepasan SPM 2011, 2012 atau lepasan SPM 2013 nanti sudah tentu akan
membuat permohonan sambung belajar melalui UPU untuk ke IPTA. Yelah,
setiap tahun hampir 500,000 pelajar lepasan SPM akan berlumba-lumba
untuk memasuki pusat-pusat pengajian tinggi seperti universiti, kolej,
politeknik dan lain-lain lagi.
Cer kira jumlah pelajar yang belajar kat kategori "Menengah". Campur Lelaki dengan Perempuan dan dibahagi 5 (ye lah kira secara kasar untuk tingkatan 1 hingga tingkatan 5), terdapat lebih 460,000 pelajar yang setiap tahun akan berlumba untuk mendapatkan tempat di institusi pengajian tinggi.
Kalau result cantik, beres! Tapi cantik-cantik pon, lagi ramai yang
dapat 9A lagi susah nak dapat sambung belajar. Mak Ayah jangan kiralah
berdoa siang malam untuk anak dapat terus sambung belajar. Siapa tak
mahu lihat anak berjaya, oiii. Tapi dengan syarat masuk universiti yang
semakin ketat, ramai yang hampa.
Itu baru cerita bab masuk uni, lepas tiga empat tahun berhempas pulas memerah otak, lepasan-lepasan institusi pengajian tinggi berjuang untuk mendapatkan tempat bekerja pulak.... Satu bab lagi! Adus...cabaran lagi. Cer lihat fakta ni pulak, ni bukan fakta sembarangan, tapi kenyataan dari Jabatan Perangkaan Malaysia!
Ada lebih 70,000 sizwazah mengganggur di Malaysia ni! Jadi kita kenalah pandai mengatur strategi mulai dari lepas SPM lagi, buatlah kursus-kursus yang tertentu yang mempunyai kadar permintaan pekerjaan yang tinggi, bila tamat belajar boleh terus bekerja. Kalau tidak..... lagi pening mak ayah tengok kita hari-hari kat rumah.
Nak tahu apa bidang yang tentu ada peluang pekerjaan sentiasa menunggu? DOKTOR la! Kenapa? Cercuba pergi hospital tengok hari apa tak ada orang sakit? Ada ka?
Betullah tu, tapi kami kebanyakannya bukan pandai belajar, dapat kredit pon cukup- cukup makan aje, niat dihati nak masuk UiTM tapi apakan daya, ada beratus ribu pesaing-pesaing! Jadi macamana ni? Ok-ok, ada satu lagi bidang pekerjaan yang menjanjikan sentiasa ada pekerjaan. Nak tahu?
Jadi tukang masak. Ops CHEFlah. Gerenti setiap hari ada orang makan - mana ada saat dalam dunia ni tiada seorang pon tidak makan. Makan mesti mau, tak makan semua serba tak kena, betul tak?
Sorry bos saya tak minat jadi DOKTOR atau CHEF, ini kerja tak sesuailah dengan jiwa saya. Ok, tak pe, kalau tak dapat tempat di UiTM ke, UTM ke, USM ke, awak boleh buat rayuan.
Tapi kalau dah banyak macam ni yang sama-sama merayu..... macamana ni?
Kalau macam tu....tu....tu...lah ramainya yang merayu, alamatnya macam nilah kot aku mengejar impian sebagai pelajar lepasan SPM!
Oh..................tidak! Cinta sejati Minah yang dipupuk sejak tingkatan 3 lagi pon boleh luntur, bro.
Apa jalan penyelesaiannya? Ade ke jalannye?
Kalau nak tahu, senang je, kat bawah tu ada pautan "Daftar Sekarang" untuk ke borang, isi borang tu, seelok-eloknya baca SOALAN LAZIM (FAQ) dulu, bagi kami belek-belek maklumat yang kamu hantar, dalam tempoh seminggu akan kami hubungi kalau kami ada jalan penyelesaian untuk kamu. Kami akan buat tawaran meneruskan pengajian untuk ke institusi-institusi di Malaysia. Jika berminat DEMI satu target masa hadapan untuk cemerlang dalam kehidupan, sila klik butang daftar sekarang dibawah dan isi maklumat kamu. Maklumat yang tidak tepat akan dianggap seperti kamu tidak serius (ni syarat sama je macam UPU jugak).
Daftar PERCUMA - tanpa sebarang kos! |
Kalau ada sebarang soalan tambahan yang tiada di senarai soalan lazim (FAQ), tiada jawapan disitu, isi borang "Hubungi Kami" kat atas sebelah kanan untuk tanya kami. Selamat berjaya.
No comments:
Post a Comment