Pages

Oct 3, 2013

Permohonan ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2014



Untuk ibubapa & dan adik-adik yang ingin membuat permohonan ke sekolah berasrama penuh 2014 segeralah berbuat demikian kerana masa permohonan akan tamat dalam sebentar lagi. Rujuk link diatas untuk maklumat tersebut.
Adik-adik yang lebih cenderung dengan kerja-kerja amali atau ilmu-ilmu berasaskan teknikal adalah berpeluang untuk membuat permohonan ke Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional untuk tahun 2014.

Pelajar yang macamana yang boleh memohon?

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  •     Bahasa Melayu
  •     Bahasa Inggeris
  •     Matematik
  •     Sains
  •     Kemahiran Hidup

Kursus apa yang boleh diikuti di Kolej Vokasional?

1. Pelancongan
2. Seni Kulinari
3. Bakeri dan Konfeksioneri
4. Fesyen dan Pembuat Pakaian
5. Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak
6. Kosmetologi
7. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
8. Pemesin  Industri
9. Teknologi Kimpalan
10. Hotikultur Hiasan

Itu hanya sebahagian sahaja kursus yang ditawarkan ada banyak lagi, rujuk dulu kat SINI

Jika dianggarkan adik akan mendapat keputusan lebih baik dari gred D, mohonlah ke Sekolah Menengah Teknik sebagai persedian untuk ke aliran KEJURUTERAAN pada peringkat diploma atau ijazah nanti.

Sebelum membuat permohonan, elok SINGGAH di http://www.bptv.edu.my/v3/index.php/info-kemasukan untuk melihat syarat-syaratnya dahulu.

Apabila dah bersedia untuk memohon, klik DISINI
atau datang sendiri ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional yang berdekatan.

Kami mengucapkan selamat memohon sebelum permohonan ditutup & insyaallah berjaya dalam permohonan tersebut demi sebuah masa depan yang lebih cemerlang.

Memohonlah ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional untuk tahun 2014 sebelum permohonan ditutup pada 25 DISEMBER 2013.


kolej_vokasional


Melalui pendidikan berasaskan teknikal & kemahiran, adik-adik berpeluang untuk melojak ke hadapan dan mempamirkan kemahiran adik-adik di Pertandingan Kemahiran Malaysia atau pada suatu hari nanti mewakili Malaysia pada peringkat antarabangsa didalam pertandingan kemahiran. Tahniah kepada guru-guru kemahiran seperti En Nik dan Edy di Institut Latihan Perindustrian yang telah berjaya mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dalam pertandingan kemahiran. Tidak cemerlang dalam bidang akademik tidak bermakna adik tiada peluang! Carilah bidang tersebut, adik berpeluang menyinari.


kolej_vokasional

Sila klik "Like" jika maklumat ini telah membantu anda!

No comments:

Post a Comment