Pages

Aug 20, 2013

Subjek SPM atau Mata Pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia

Subjek-subjek SPM yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah terbahagi kepada subjek teras dan subjek elektif mengikut aliran yang diikuti oleh pelajar.

MATA PELAJARAN TERAS - Semua murid harus mengambil subjek berikut:
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5. Sejarah
6. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral


MATA PELAJARAN TERAS SAINS
Tidak boleh diambil sekiranya calon telah mengambil mata pelajaran berikut :
a. mana-mana dua mata pelajaran fizik / kimia / biologi, atau
b. Mata pelajaran Applied Science (Bagi Aliran Vokasional dari bidang Ketukangan Kejuruteraan sahaja)

MATA PELAJARAN TERAS PENDIDIKAN ISLAM
Tidak boleh diambil sekiranya calon telah mengambil dua mata pelajaran berikut :
1. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
2. Pendidikan Syari’ah Islamiah

MATA PELAJARAN TERAS PENDIDIKAN MORAL
Wajib diambil oleh semua calon bukan beragama Islam


MATA PELAJARAN ELEKTIF - Disediakan mengikut Kumpulan seperti berikut:
Kumpulan l  -  Kemanusiaan
Kumpulan II -  Vokasional dan Teknologi
Kumpulan III - Sains
Kumpulan IV - Pengajian Islam
Mata Pelajaran Tambahan
Mata Pelajaran di Luar Kurikulum

Jadi berapakah jumlah subjek maksimum SPM yang boleh diambil oleh pelajar SPM?

Ikuti penerangan dari Ketua Pengarah Pelajaran....
Kementerian Pelajaran menjelaskan pelaksanaan dasar menghadkan jumlah maksimum 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah ditetapkan sejak 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata di samping itu, calon diberi kelonggaran mengambil tidak lebih daripada dua mata pelajaran tambahan yang menjadikan jumlah keseluruhan subjek yang boleh diambil ialah 12 mata pelajaran dalam SPM.

subjek-maksimum-spm
Klik pada gambar untuk besarkan imej

No comments:

Post a Comment