Pages

Jan 24, 2014

Cara Permohonan Kemasukan ke IPTA, Politenik, Kolej Komuniti, ILKA sesi 2014

Semua pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma, Matrikulasi atau setaraf dengannya boleh mengemukakan permohonan ke IPTA untuk sesi 2014/2015.
Permohonan ini juga merangkumi permohonan kemasukan ke politenik premier untuk sesi 2014/2015 dan juga permohonan kemasukan ke politenik konvensional, kolej komuniti, institut latihan kemahiran awam sesi 2014.

Cara-Permohonan-Kemasukan-ke-IPTA


Langkah-langkah permohonan.....

1. Pergi ke cawangan Bank Simpanan Nasional dan beli "nombor unik ID"

Kategori A (Harga RM 10.60*) adalah untuk pelajar Lepasan SPM/ setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Diploma Politeknik, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Lepasan SIjil ILKA.

Kategori B (Harga RM 15.60*) adalah untuk pelajar lepasan STPM/ setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi/ Lepasan Diploma/ setaraf dan Lepasan STAM

Beli melalui ATM dan SMS pun boleh, rujuk dulu http://upu.moe.gov.my/web/panduan-unikid.pdf
*-caj mungkin berbeda mengikut kaedah pembelian


2. Cari komputer bertalian internet dan memohon
Borang permohonan boleh didapati secara online dengan melayari laman web rasmi UPU iaitu http://upu.moe.gov.my/web/

TARIKH PERMOHONAN: 20 Januari 2014 hingga 7 April 2014

Pastikan anda memohon sebelum tarikh tamat, jika lambat tunggu permohonan kemasukan dibuka semula le....

Adik perlu buat permohonan kemasukan dan sambung belajar kerana.....


3. Jangan lupa simpan sesalinan borang permohonan, no unik ID dan lain-lain maklumat berkaitan permohonan kemasukan


4. Tunggu je lah sampai result peperiksaan keluar, periksa sama ada awak berjaya atau tidak melalui laman web semakan yang diberi untuk semak keputusan pada bulan Mei 2014 nanti.


5. Jika berjaya tunggu hari pendaftaran masuk kolej, jika tak berjaya - buat rayuan atau cuba memohon disini(klik) untuk peluang lain juga.

Apa-apa pun harap awasi penipuan kemasukan ke uni/kolej yang semakin berleluasa ketika ini. Baca DISINI contoh-contoh amaran yang telah dikeluarkan.

Diharap panduan ringkas ini memberi manafaat kepada anda. Jangan lupa share maklumat ini dengan kawan.


Jan 21, 2014

Awasi penipuan kemasukan ke institusi penggajian tinggi

Musim permohonan kemasukan ke IPTA, kolej, IPTS sedang rancak sekarang ini. Oleh itu ingin kami ingatkan supaya ibubapa dan adik-adik tidak terpedaya dengan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini dalam melakukan penipuan kemasukan ke institusi penggajian tinggi untuk pelajar lepasan sekolah.

Kementerian Pengajian Tinggi telah mengeluarkan amaran berkaitan pekara ini. Rujuk ke Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6767/6777 atau lawati http://upu.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan kepastian jika ibubapa sangsi dengan situasi tawaran kemasukan ke  institusi penggajian tinggi.


Scam 1 - Pas percuma

penipuan_masuk_ipta

Scam 2 - Surat "SULIT"
Rata-rata kebanyakan pelajar lepasan SPM akan menerima surat sebegini. Baca "lapuran nenek" dibawah bagaimana scam dilakukan.

penipuan_masuk_kolej

Jika maklumat ini berguna untuk kawan-kawan atau saudara-mara jangan lupa kongsikan dengan mereka supaya mereka berwaspada dan tidak terainaya dengan sekim penipuan kemasukan ke institusi penggajian tinggi sebegini.

Dec 30, 2013

Adik perlu sambung belajar kerana....


Renungkanlah wahai adik-adiku......

kos_perkahwinan

Nanti kamu.....
aku_nak_kahwin

Betul, rezeki telah ditentukan, tetapi usaha adalah penentu!

Oct 3, 2013

Permohonan ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2014



Untuk ibubapa & dan adik-adik yang ingin membuat permohonan ke sekolah berasrama penuh 2014 segeralah berbuat demikian kerana masa permohonan akan tamat dalam sebentar lagi. Rujuk link diatas untuk maklumat tersebut.
Adik-adik yang lebih cenderung dengan kerja-kerja amali atau ilmu-ilmu berasaskan teknikal adalah berpeluang untuk membuat permohonan ke Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional untuk tahun 2014.

Pelajar yang macamana yang boleh memohon?

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  •     Bahasa Melayu
  •     Bahasa Inggeris
  •     Matematik
  •     Sains
  •     Kemahiran Hidup

Kursus apa yang boleh diikuti di Kolej Vokasional?

1. Pelancongan
2. Seni Kulinari
3. Bakeri dan Konfeksioneri
4. Fesyen dan Pembuat Pakaian
5. Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak
6. Kosmetologi
7. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
8. Pemesin  Industri
9. Teknologi Kimpalan
10. Hotikultur Hiasan

Itu hanya sebahagian sahaja kursus yang ditawarkan ada banyak lagi, rujuk dulu kat SINI

Jika dianggarkan adik akan mendapat keputusan lebih baik dari gred D, mohonlah ke Sekolah Menengah Teknik sebagai persedian untuk ke aliran KEJURUTERAAN pada peringkat diploma atau ijazah nanti.

Sebelum membuat permohonan, elok SINGGAH di http://www.bptv.edu.my/v3/index.php/info-kemasukan untuk melihat syarat-syaratnya dahulu.

Apabila dah bersedia untuk memohon, klik DISINI
atau datang sendiri ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional yang berdekatan.

Kami mengucapkan selamat memohon sebelum permohonan ditutup & insyaallah berjaya dalam permohonan tersebut demi sebuah masa depan yang lebih cemerlang.

Memohonlah ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional untuk tahun 2014 sebelum permohonan ditutup pada 25 DISEMBER 2013.


kolej_vokasional


Melalui pendidikan berasaskan teknikal & kemahiran, adik-adik berpeluang untuk melojak ke hadapan dan mempamirkan kemahiran adik-adik di Pertandingan Kemahiran Malaysia atau pada suatu hari nanti mewakili Malaysia pada peringkat antarabangsa didalam pertandingan kemahiran. Tahniah kepada guru-guru kemahiran seperti En Nik dan Edy di Institut Latihan Perindustrian yang telah berjaya mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dalam pertandingan kemahiran. Tidak cemerlang dalam bidang akademik tidak bermakna adik tiada peluang! Carilah bidang tersebut, adik berpeluang menyinari.


kolej_vokasional

Sila klik "Like" jika maklumat ini telah membantu anda!

Sep 26, 2013

Jom mengejar impian bersama Jom Masuk Kolej

Jom mengejar impian bersama Jom Masuk Kolej.

Adik-adik yang gemar bermain dengan anak-anak kecil seharian adalah diperlukan. Ketahui rahsia bagaimana adik mampu menjadi graduan pendidik anak-anak bertauliah secara Islam!

Daftar Sekarang!