Pages

Jan 24, 2014

Cara Permohonan Kemasukan ke IPTA, Politenik, Kolej Komuniti, ILKA sesi 2014

Semua pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma, Matrikulasi atau setaraf dengannya boleh mengemukakan permohonan ke IPTA untuk sesi 2014/2015.
Permohonan ini juga merangkumi permohonan kemasukan ke politenik premier untuk sesi 2014/2015 dan juga permohonan kemasukan ke politenik konvensional, kolej komuniti, institut latihan kemahiran awam sesi 2014.

Cara-Permohonan-Kemasukan-ke-IPTA


Langkah-langkah permohonan.....

1. Pergi ke cawangan Bank Simpanan Nasional dan beli "nombor unik ID"

Kategori A (Harga RM 10.60*) adalah untuk pelajar Lepasan SPM/ setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Diploma Politeknik, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Lepasan SIjil ILKA.

Kategori B (Harga RM 15.60*) adalah untuk pelajar lepasan STPM/ setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi/ Lepasan Diploma/ setaraf dan Lepasan STAM

Beli melalui ATM dan SMS pun boleh, rujuk dulu http://upu.moe.gov.my/web/panduan-unikid.pdf
*-caj mungkin berbeda mengikut kaedah pembelian


2. Cari komputer bertalian internet dan memohon
Borang permohonan boleh didapati secara online dengan melayari laman web rasmi UPU iaitu http://upu.moe.gov.my/web/

TARIKH PERMOHONAN: 20 Januari 2014 hingga 7 April 2014

Pastikan anda memohon sebelum tarikh tamat, jika lambat tunggu permohonan kemasukan dibuka semula le....

Adik perlu buat permohonan kemasukan dan sambung belajar kerana.....


3. Jangan lupa simpan sesalinan borang permohonan, no unik ID dan lain-lain maklumat berkaitan permohonan kemasukan


4. Tunggu je lah sampai result peperiksaan keluar, periksa sama ada awak berjaya atau tidak melalui laman web semakan yang diberi untuk semak keputusan pada bulan Mei 2014 nanti.


5. Jika berjaya tunggu hari pendaftaran masuk kolej, jika tak berjaya - buat rayuan atau cuba memohon disini(klik) untuk peluang lain juga.

Apa-apa pun harap awasi penipuan kemasukan ke uni/kolej yang semakin berleluasa ketika ini. Baca DISINI contoh-contoh amaran yang telah dikeluarkan.

Diharap panduan ringkas ini memberi manafaat kepada anda. Jangan lupa share maklumat ini dengan kawan.


No comments:

Post a Comment