Sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu-bapa untuk memberikan pendidikan asas yang kukuh yang dapat menjamin masa depan anak-anak termasuk mereka yang kurang bernasib baik. Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang.
Justeru bukan sesuatu yang tidak menghairankan apabila kanak-kanak dihantar untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun di pelbagai pusat pendidikan awal seperti tadika.
Selaras dengan peningkatan dalam pertambahan penduduk di Malaysia, keperluan guru-guru yang mahir didalam bidang ini adalah ketara sekali.
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak ini dibangunkan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang meluas untuk memupuk dan membimbing kanak-kanak pra-sekolah. Bakal graduan akan dilatih untuk mahir dalam bidang-bidang berikut yang melibatkan kanak-kanak.

- Pendidikan Sosioemosi
- Perkembangan Moral dan Tingkah Laku
- Psikologi, Psikomotor dan Pergerakan
- Ekspresi Kreativiti
- Aspek Pemakanan
- Membaca dan Bercerita
- Kesihatan, Keselamatan dan Nutrisi
- Pembangunan Kerohanian
Program ini direka dengan teliti untuk Pendidik Awal Kanak-kanak untuk membolehkan mereka memperolehi pengetahuan yang perlu dalam pengajaran dan pembelajaran anak-anak.
Ia juga mengambil kira pelbagai aspek dalam pembangunan kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak dengan keperluan istimewa.
Pengajian ini adalah secara Sepenuh Masa dalam tempoh 3 tahun. Program ini mampu melahirkan graduan yang boleh berinteraksi secara berkesan dengan kanak-kanak. Syarat kemasukan adalah hanya tiga (3) kredit dan yuran pengajian boleh dibiayai sepenuhnya oleh PTPTN, pinjaman MARA atau pengeluaran KWSP.
Sekiranya adik-adik mempunyai minat dan kecenderongan yang tinggi untuk berada disisi kanak-kanak yang comel-comel tu sepanjang hari, sila klik DISINI untuk mendaftar.

No comments:
Post a Comment