Pages

Sep 13, 2013

Permohonan Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara 2013

Perhatian untuk ibu-bapa & pelajar yang telah ditawarkan melanjutkan pelajaran di IPTA, jika anda berminat untuk mendapatkan Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara, sila buat permohonan segera sebelum 16 September 2013.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan untuk Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara(PIDN) bagi sesi 2013/2014 mulai 9 September 2013. Permohonan ini adalah untuk pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2013/2014 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan.

IPTA Tajaan Biasiswa JPA PIDN
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah adalah seperti berikut:

    Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
    Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    Universiti Malaya (UM)
    Universiti Malaysia Pahang (UMP)
    Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
    Universiti Malaysia Sabah (UMS)
    Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
    Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
    Universiti Putra Malaysia (UPM)
    Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
    Universiti Sains Malaysia (USM)
    Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
    Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
    Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
    Universiti Utara Malaysia (UUM)
    Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
    Malaysia-Japan International Institute of Technology (UTM-MJIIT)



IPTS Tajaan Biasiswa JPA PIDN.
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA adalah seperti berikut:

    Universiti Multimedia (MMU)
    Universiti Teknologi Petronas (UTP)
    Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)


Universiti Luar Negara Tajaan Biasiswa JPA PIDN.
Kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA adalah seperti berikut:

    University of Nottingham
    Monash University
    Swinburne University of Technology
    Curtin University of Technology

Permohonan boleh dibuat di atas talian (on-line) sahaja secara percuma.
Cara memohon adalah seperti berikut:
Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my

Sila baca syarat-syarat di sini terlebih dahulu.


Selamat memohon & diharap anda berjaya. Untuk yang tidak mendapat tempat di IPTA, anda masih berpeluang untuk melanjutan pelajaran, hubungi kami.

No comments:

Post a Comment