Pages

Aug 24, 2013

Rahsia Jom Masuk Kolej kini di Facebook

Lawati & "Like" kami di facebook.



Aug 20, 2013

Subjek SPM atau Mata Pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia

Subjek-subjek SPM yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah terbahagi kepada subjek teras dan subjek elektif mengikut aliran yang diikuti oleh pelajar.

MATA PELAJARAN TERAS - Semua murid harus mengambil subjek berikut:
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5. Sejarah
6. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral


MATA PELAJARAN TERAS SAINS
Tidak boleh diambil sekiranya calon telah mengambil mata pelajaran berikut :
a. mana-mana dua mata pelajaran fizik / kimia / biologi, atau
b. Mata pelajaran Applied Science (Bagi Aliran Vokasional dari bidang Ketukangan Kejuruteraan sahaja)

MATA PELAJARAN TERAS PENDIDIKAN ISLAM
Tidak boleh diambil sekiranya calon telah mengambil dua mata pelajaran berikut :
1. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
2. Pendidikan Syari’ah Islamiah

MATA PELAJARAN TERAS PENDIDIKAN MORAL
Wajib diambil oleh semua calon bukan beragama Islam


MATA PELAJARAN ELEKTIF - Disediakan mengikut Kumpulan seperti berikut:
Kumpulan l  -  Kemanusiaan
Kumpulan II -  Vokasional dan Teknologi
Kumpulan III - Sains
Kumpulan IV - Pengajian Islam
Mata Pelajaran Tambahan
Mata Pelajaran di Luar Kurikulum

Jadi berapakah jumlah subjek maksimum SPM yang boleh diambil oleh pelajar SPM?

Ikuti penerangan dari Ketua Pengarah Pelajaran....
Kementerian Pelajaran menjelaskan pelaksanaan dasar menghadkan jumlah maksimum 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah ditetapkan sejak 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata di samping itu, calon diberi kelonggaran mengambil tidak lebih daripada dua mata pelajaran tambahan yang menjadikan jumlah keseluruhan subjek yang boleh diambil ialah 12 mata pelajaran dalam SPM.

subjek-maksimum-spm
Klik pada gambar untuk besarkan imej

Aug 18, 2013

Rahsia mudah jom masuk kolej

Adik-adik lepasan SPM 2011, 2013 sudah tentu akan membuat permohonan sambung belajar melalui UPU untuk ke IPTA. Yelah, setiap tahun hampir 500,000 pelajar lepasan SPM akan berlumba-lumba untuk memasuki pusat-pusat pengajian tinggi seperti universiti, kolej, politeknik dan lain-lain lagi.


Kalau result cantik, beres! Tapi cantik-cantik pon, lagi ramai yang dapat 9A lagi susah nak dapat sambung belajar. Mak Ayah jangan kiralah berdoa siang malam untuk anak dapat terus sambung belajar. Siapa tak mahu lihat anak berjaya, oiii. Tapi dengan syarat masuk universiti yang semakin ketat, ramai yang hampa.

Oleh itu ikuti paparan dari selanjutnya dari kami untuk mengetahui rahsia mudah ini.